Bila Dah Kurus, Wanita Yang ‘Reject’ Lelaki Ini Datang Semula Kepadanya

Bila Dah Kurus, Wanita Yang ‘Reject’ Lelaki Ini Datang Semula Kepadanya

Seorang lelaki tular selepas berkongsi bagaimana menurunkan berat badan mampu mengubah sepenuhnya cara orang melayannya, termasuk seorang wanita yang pernah meninggalkannya di tengah janji temu, sebelum cuba mendekatinya semula kemudian.

Dia yang berkongsi kisah tersebut di Threads berkata, pengalaman itu adalah bukti paling jelas bahawa ‘pretty privilege’ benar-benar wujud.

Memetik WeirdKaya, lelaki yang dikenali sebagai Putra itu berkata, titik perubahan hidupnya bermula beberapa tahun lalu ketika berat badannya melebihi 100kg dan dia bergelut dengan masalah kesihatan.

“Saya berada pada tahap hampir hipertensi dan kencing manis. Jadi doktor nasihatkan saya perlu turunkan berat,” katanya.

Putra berkata, orang melayannya dengan sangat berbeza ketika dia lebih berisi, termasuk satu pengalaman temu janji yang amat menyakitkan.

Menurut Putra, dia berkenalan dengan seorang gadis di Tinder dan mereka bersetuju untuk berjumpa. Namun janji temu itu hanya berlangsung sekitar 15 minit sebelum gadis tersebut tiba-tiba menerima panggilan dan mendakwa neneknya telah meninggal dunia.

“Dia tinggalkan saya di tengah-tengah janji temu. Selepas itu saya dapati dia blok saya dan ‘unmatch’ di Tinder,” ujar Putra.

Detik itu sangat mengecewakannya tetapi juga menjadi pendorong untuk memulakan transformasi dirinya.

Selepas berbulan-bulan berusaha, Putra berjaya menurunkan berat badan dan mula berkongsi perjalanannya di TikTok.

Ketika itulah wanita yang sama tiba-tiba muncul semula.

“Dia follow TikTok dan IG saya, kemudian mesej: ‘Wow, awak nampak lain sekarang, sangat kacak!’ Dia siap tanya kalau kami boleh sambung semula ‘connection’ yang pernah ada dulu,” kongsi Putra.

Namun, Putra berkata dia memilih untuk menolak, menekankan bahawa dia kini memberi fokus kepada dirinya sendiri dan tidak mencari hubungan.

Dia menambah, keseluruhan situasi itu menyedarkannya betapa drastiknya sikap orang berubah apabila penampilan seseorang berubah.
“Saya bukan nak berlagak. Saya cuma mahu orang nampak realiti, orang memang layan anda berbeza kerana rupa,” katanya lagi.

Related post

Leave a Reply