‘Bidaah Kisah Benar? PU Syed Gesa Erma Buat Laporan Polis
Sebelum ini, pengarah dan penerbit, Erma Fatima memberitahu skrip yang ditulis untuk drama Bidaah adalah berdasarkan kisah benar yang dialaminya sendiri.
Susulan pengakuan itu, pendakwa bebas, PU Syed menggesa Erma untuk membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap golongan jemaah yang maksudkan pengarah itu.
“Kepada Erma, saya minta tolong buat laporan polis selepas mengatakan drama itu hasil dari pengalaman dirinya sendiri.
“Sebelum ini kata pernah mengikuti sebuah kumpulan telah mengamalkan sesuatu yang tak betul serta tok guru meniduri anak murid sendiri.
“Saya nak minta tolong sebab Erma yang menyatakan sendiri dan tolong buat laporan polis supaya polis ambil tindakan.
“Pihak berkuasa boleh ambil tindakan ke atas kumpulan tersebut yang mana telah memberi idea untuk Erma membuat drama berkenaan,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Terdahulu, Erma atau nama sebenar Fatimah Rahmad Ali berkata karya hasil penulisannya itu dihasilkan daripada kisah benar dialaminya sendiri.
Jelas Erma, pada awalnya kumpulan jemaah ini memberi ajaran yang betul sehingga satu hari anak-anak di dalam kumpulan itu menceritakan sesuatu yang mengejutkan.
Drama arahan Pali Yahya itu dibintangi Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marissa Yasmin, Vanida Imran dan ramai lagi.