Asyraf Wajdi Dusuki Akan Berjumpa Rita Rudaini & MUAFAKAT MRSM

Asyraf Wajdi Dusuki Akan Berjumpa Rita Rudaini & MUAFAKAT MRSM

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tampil bersuara berhubung isu saman antara pelakon, Rita Rudaini dengan Yang Dipertua Muafakat MRSM Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa pihaknya menyedari tindakan saman fitnah yang difailkan Muafakat terhadap aktres berkenaan.

“Pada mulanya saya enggan mencampuri urusan perbalahan antara ibu bapa pelajar MRSM. Namun atas rasa tanggungjawab, saya akan memanggil kedua-dua pihak untuk mencari penyelesaian.

“Keadaan yang tidak sihat ini boleh memberikan contoh kurang baik kepada para pelajar,” katanya.

Sebelum ini, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap Rita selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Peguam mereka, Datuk Adnan Seman, berkata, saman itu difailkan selepas mendapati Rita memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain.

Adnan menegaskan kenyataan itu memberi kesan reputasi besar kepada kedua-dua plaintif memandangkan bilangan pengikut Rita dalam media sosial cukup ramai.

Tambah Adnan, tindakan saman tersebut difailkan selepas Rita gagal memenuhi tuntutan notis bertarikh 15 Oktober lalu.

Terdahulu, pelakon filem Mami Jarum itu mendakwa, wujud kepincangan berlaku dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali Muafakat di MRSM Sungai Besar.

Related post

Leave a Reply