Anthony Loke Nafi Gagal Bayar Saman Jejas Kelayakan BUDI 95

Anthony Loke Nafi Gagal Bayar Saman Jejas Kelayakan BUDI 95

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan laporan mendakwa rakyat Malaysia yang gagal menjelaskan saman trafik sebelum 31 Disember 2025 akan kehilangan kelayakan untuk menerima subsidi petrol bersasar BUDI 95.

Menurut Sin Chew Daily, Loke menegaskan, status lesen memandu dan kelayakan BUDI 95 adalah dua sistem berasingan yang beroperasi secara bebas dan kedua-duanya tidak dihubungkan secara automatik.

Beliau menjelaskan, di bawah polisi semasa, hanya terdapat dua syarat untuk memohon atau terus menerima BUDI 95.

Pertama pemohon mesti memiliki MyKad yang sah sebagai pengesahan warganegara Malaysia, dan kedua pemohon mesti memiliki lesen memandu yang sah.

Anthony turut menjelaskan, lesen memandu yang sah merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah, atau telah tamat tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

Kenyataan beliau dibuat sebagai respons kepada laporan yang mendakwa saman tertunggak boleh menyebabkan kelayakan BUDI 95 ditarik balik.

Anthony turut menggesa orang ramai supaya merujuk kepada maklumat rasmi untuk mengelakkan salah faham atau penyebaran maklumat tidak tepat berhubung program bantuan kerajaan.

Related post

Leave a Reply