Ahli Perniagaan China Pelik Rakyat Malaysia Suka Guna Perkataan “Ya” Pada Hujung Ayat

Seorang ahli perniagaan dari China yang sedang bersembang dengan klien dari Malaysia berasa terhibur dan sedikit keliru selepas menyedari satu tabiat unik ketika berbalas mesej – Rakyat Malaysia gemar mengakhiri ayat dengan perkataan “ya”.

Ahli perniagaan itu berkongsi tentang perkara tersebut di platformXiaohongshu (XHS), dengan menyatakan hampir setiap rakyat Malaysia yang dihubunginya pasti akan meletakkan “ya” di hujung mesej.

Katanya, tabiat itu dirasakan pelik tetapi comel.

“Saya tertanya-tanya apa maksudnya. Setiap kali saya dapat mesej, ia akan berakhir dengan ‘ya’. Dalam bahasa Cina, kami biasanya tidak buat begitu,” katanya.

Menurut lelaki itu, walaupun kenalan dari Malaysia itu boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, mereka lebih suka menghantar mesej dalam bahasa Inggeris, dan di situlah tabiat “ya” itu menjadi ketara.

Dia mengakui bahawa pada mulanya, beliau menyangka ia adalah sejenis kod rahsia, tetapi kemudian sedar ia hanyalah gaya rakyat Malaysia untuk menjadikan nada mesej lebih mesra.

Warganet Malaysia kemudiannya menjelaskan di ruangan komen: Menambah “ya” pada hujung ayat boleh melembutkan nada agar tidak kedengaran terlalu formal atau kasar.

Jadi, daripada hanya menulis “Please confirm” yang mungkin kedengaran dingin, anda akan terima: “Please confirm ya.”

Sumber: Weirdkaya

Related post

Leave a Reply