Sanggup Terima Tawaran ‘Last Minute’, Haliza Maysuri Puji Hati Mulia Erra Fazira

Sanggup Terima Tawaran ‘Last Minute’, Haliza Maysuri Puji Hati Mulia Erra Fazira

Usahawan, Haliza Maysuri meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian Primadona Negara, Erra Fazira yang disifatkan berhati mulia apabila sanggup menerima tawaran membuat persembahan pada saat akhir.

Haliza mendedahkan Erra tampil menggantikan penyanyi Ziana Zain yang terpaksa menarik diri daripada menjayakan acara Oscar Gala Bawal Exclusive kerana ibunya berada dalam keadaan kritikal ketika itu.

Menurut Haliza, keputusan Erra untuk membantu bukan sesuatu yang mudah memandangkan pelakon jelita itu mempunyai komitmen besar apabila majlis resepsi keduanya dijadualkan berlangsung keesokan hari.

“Sehari sebelum Oscar Gala Bawal Exclusive, Ziana Zain terpaksa tarik diri kerana ibunya kritikal. Dalam keadaan benar-benar saat akhir, kami hubungi Erra Fazira.

“Sedangkan esoknya Erra ada majlis resepsi sendiri, namun dengan penuh keikhlasan dia sanggup datang sekejap untuk membuat persembahan,” kongsinya dalam sebuah hantaran.

Lebih menyentuh hati, Erra dikatakan terus bergegas pulang sebaik selesai membuat persembahan demi meneruskan latihan untuk majlis resepsinya sendiri.

“Lepas itu dia terus balik untuk rehearsal majlisnya. Masya-Allah… cantik bukan hanya pada rupa, tetapi pada hatinya juga,” ujar Haliza lagi.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji sikap profesional dan keperibadian Erra Fazira yang disifatkan sentiasa merendah diri serta tidak berkira membantu orang lain.

Related post

Leave a Reply