Wanita Kongsi Detik Cemas Digigit Lipan Ketika Tidur

Wanita Kongsi Detik Cemas Digigit Lipan Ketika Tidur

Seorang wanita melalui detik cemas apabila terjaga daripada tidurnya selepas berasa sakit seperti dicucuk secara tiba-tiba.

Selepas diperiksa, wanita itu mendapati seekor lipan bersembunyi di bawah bantalnya.

Wanita itu kemudian memuat naik gambar menunjukkan lipan tersebut bersama sebuah penyembur serangga, menggambarkan suasana di tempat tidurnya sebagai satu medan ‘pertempuran’.

Demi keselamatannya, wanita itu terpaksa menggunakan hampir satu tin penyembur serangga untuk memastikan lipan itu benar-benar mati.

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, pengalaman itu meninggalkan kesan psikologi terhadap dirinya.

Dalam ruangan komen, beberapa netizen menyatakan rasa simpati, bersetuju yang rasa takut dan trauma sukar hilang sungguhpun lipan berkenaan telah dibunuh.

Menurut wanita itu, dia menjadi lebih berjaga-jaga selepas kejadian tersebut dan sentiasa memeriksa biliknya dan sukar untuk berasa tenang.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial mendakwa mengalami demam selepas disengat lipan dan terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

Related post

Leave a Reply