Derita Kanser Hati, Ibu Zaina Zain Meninggal Dunia
Ibu kepada dua penyanyi tersohor tanah air, Ziana Zain dan Anuar Zain iaitu Robiah Abdul, telah kembali ke rahmatullah pada malam Rabu.
Ziana mengesahkan ibunya menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.42 malam di Hospital Klang pada usia 74 tahun selepas lama bertarung dengan penyakit kanser.
Menurut penyanyi itu, arwah ibunya disahkan menghidap kanser hati yang kemudiannya merebak ke beberapa organ dalaman lain termasuk usus serta buah pinggang.
Ziana turut memaklumkan keadaan kesihatan ibunya semakin merosot apabila sel kanser tersebut merebak ke hampir keseluruhan organ dalaman.
Dalam pada itu, Ziana memberitahu urusan memandikan serta pengebumian jenazah dijangka berlangsung pada pagi Khamis.
Untuk rekod, Ziana dan Anuar sebelum ini turut diuji dengan pemergian bapa tercinta, Allahyarham Zin @ Zain Abdullah, yang meninggal dunia pada 26 Ogos lalu pada usia 87 tahun.
