Anak & Ibu Terkejut Lelaki Tunjuk Alat Sulit Di Kopitiam

Anak & Ibu Terkejut Lelaki Tunjuk Alat Sulit Di Kopitiam

Seorang wanita dan ibunya yang sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kopitiam di Pulau Pinang terkejut selepas seorang lelaki secara tiba-tiba menunjukkan alat sulitnya ke arah mereka.

Dalam perkongsian di media sosial, wanita itu memberitahu yang kejadian tersebut berlaku ketika dia dan ibunya sedang makan tengah hari bersama.

Lelaki tersebut kemudian menurunkan seluarnya sehingga ke buku lali dan berdiri di situ selama sekurang-kurangnya 12 saat dengan alat sulit tergantung tanpa sebarang segan silu.

Pada mulanya wanita itu tidak perasan apa yang berlaku kerana sedang asyik berbual dengan ibunya. Apabila sedar, dia terkejut dan terus hilang selera makan.

Marah dengan perbuatan tidak senonoh lelaki itu, dia mula menegur lelaki tersebut dengan suara kuat sehingga menyebabkan lelaki itu berundur dan berjalan kembali ke tempat duduknya.

Namun, lelaki itu tidak kelihatan terkesan dan duduk semula sambil terus minum kopinya dengan wajah yang tenang.

Seorang pelanggan termasuk pemilik kopitiam turut campur tangan menegur lelaki itu. Akhirnya, lelaki itu meninggalkan premis.

Wanita berkenaan memberitahu, difahamkan lelaki berkenaan tinggal di sebuah rumah warga emas berhampiran sebuah pasar raya di Kota Permai.

Selain itu, lelaki berkenaan juga memakai kaki palsu, yang dipercayai menjadi sebab mengapa lelaki itu tidak dipukul selepas tertangkap menunjukkan alat sulitnya.

Memetik Sin Chew Daily, wanita itu memberitahu lelaki tersebut telah memohon maaf kepada ibu bapanya atas tindakannya. Dalam masa sama, mereka tidak akan membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang buat masa ini.

Related post

Leave a Reply