Raisa Fail Permohonan Cerai

Raisa Fail Permohonan Cerai

Khabar mengejutkan datang dari dunia hiburan Indonesia apabila penyanyi Raisa Andriana dilaporkan telah memfailkan permohonan versi terhadap suaminya, Hamish Daud pada Khamis.

Permohonan yang dilakukan secara dalam talian itu dibuat di Mahkmah Syariah Jakarta Selatan dan dijadualkan disebut buat kali pertama pada 3 November hadapan.

Meskipun ramai dalam kalangan peminat terkejut dengan berita tersebut, isu keretakan rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila Raisa dilaporkan menghapus gambar ulang tahun pernikahan serta sejumlah hantaran  kebersamaan pasangan tersebut di media sosial.  

Pihak mahkamah dalam hal ini menegaskan, meskipun pendaftaran penceraian telah dibuat, alasan atau materi perceraian tidak didedahkan kerana ia dilakukan secara tertutup.

Raisa dan Hamish menikah pada 3 September 2017 dalam sebuah upacara yang menjadi perhatian media dan penggemar.  

Perkahwinan mereka selama ini dianggap sebagai antara pasangan selebriti yang terlihat harmoni dam mencuri pandangan peminat di Indonesia dan Malaysia.

Sebagai info, Raisa merupakan antara penyanyi popular serantau manakala Hamish juga terlibat secara langsung sebagai penggiat industri seni di sana.

Related post

Leave a Reply