Wanita Maut Terjun Dari Tingkat 28, Ibu Pula Dimasukkan Ke ICU Akibat Terlalu Terkejut

Wanita Maut Terjun Dari Tingkat 28, Ibu Pula Dimasukkan Ke ICU Akibat Terlalu Terkejut

Penduduk sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Pulau Pinang dikejutkan dengan tragedi apabila seorang wanita bernama Xie Siwei dilaporkan maut selepas terjatuh pada malam Rabu (3 September), menyebabkan tubuhnya hancur teruk.

Selepas kejadian itu, ahli keluarga mangsa menguruskan pengebumiannya. Namun, ibu Xie Siwei tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tunggal sehingga dikejarkan ke hospital.

Beberapa wartawan yang berada di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang mendapati bapa saudara Xie dan seorang lagi ahli keluarga hadir untuk menuntut jenazah.

Selepas jenazah dikeluarkan, tiada majlis pengebumian atau upacara sembahyang dilakukan, sebaliknya ia terus dibawa ke Krematorium Batu Gantung untuk proses pembakaran mayat.

Dalam temu bual bersama media, bapa saudara Xie memaklumkan bahawa dia sudah 20 tahun tidak berhubung dengan ibu mangsa dan tidak mengetahui keadaan keluarga mereka.

Beliau menambah, ibu Xie kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan masih menerima rawatan, dipercayai akibat kesedihan melampau selepas kehilangan satu-satunya anak perempuan.

Menurutnya lagi, bapa Xie telah meninggal dunia pada Jun tahun ini, menyebabkan mangsa tinggal bersama ibunya dalam keadaan menganggur.

Xie dilaporkan terjatuh dari tingkat 28 pangsapurinya sekitar jam 9.10 malam pada Rabu. Siasatan polis mendapati mangsa mengalami tekanan emosi selepas putus cinta dengan teman lelakinya.

Ibunya turut memberitahu polis yang Xie sedang mengandung lima bulan ketika kejadian.

Namun, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata hasil bedah siasat tidak menemui sebarang bukti bahawa Xie hamil.

Sumber: Weirdkaya/China Press

Related post

Leave a Reply