‘Tak Baik Cakap Saya Jongang’ – Bella Astillah Dalam Proses Pakai Braces

‘Tak Baik Cakap Saya Jongang’ – Bella Astillah Dalam Proses Pakai Braces

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 34, mendedahkan dirinya bakal memakai pendakap gigi atau ‘braces’ demi menjaga kesihatan mulut serta mengatasi masalah ulser yang sering dialaminya.

Menurut pemilik nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia kini hanya menunggu proses seterusnya sebelum alat ortodontik itu dipasang.

“Saya akan buat braces, saya dah jumpa doktor. Doktor pun dah hantar simulator,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.

Dalam masa sama, ibu dua cahaya mata itu turut menjelaskan dia tidak mengambil hati dengan komen segelintir netizen yang sering mengusik keadaan giginya.

“Tak baik tau cakap saya jongang. Saya okey saja sebenarnya, semua manusia pun tak sempurna,” katanya dengan nada seloroh.

Bagaimanapun, Bella menegaskan keputusannya untuk memakai pendakap gigi bukanlah kerana faktor kecantikan, sebaliknya demi kesihatan mulut.

“Saya tiada niat nak ubah ciptaan Tuhan. Sebenarnya sebab saya selalu kena ulser dan punca utama adalah daripada gigi saya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan sokongan dan memuji penampilan Bella yang dianggap sempurna dan menawan.

Sebelum ini, penampilan Bella sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkannya sebagai antara selebriti wanita tanah air yang memiliki aura tersendiri, malah ramai tidak menyedari langsung sebarang kekurangan pada wajahnya.

Related post

Leave a Reply