Simbah Anjing Dengan Air Panas, Kakitangan Kedai Serbaneka Dipecat
Seorang pengurus di sebuah kedai serbaneka difahamkan telah dipecat selepas video individu tersebut yang menyimbah air panas terhadap seekor anjing viral di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Facebook, pihak kedai serbaneka berkenaan menyifatkan insiden yang telah berlaku itu sebagai satu hal yang sangat serius.
“Kami sangat prihatin mengenai kejadian terbaru yang melibatkan kakitangan kami di KK SUPER MART Jalan Besar Menglembu, Perak, di mana berlaku tindakan kejam terhadap seekor haiwan di luar premis kami.
Kami menyedari insiden ini dan mengambil perkara ini dengan sangat serius,” tulisnya.
Sebelum ini, viral di media sosial mengenai satu rakaman yang memperlihatkan seorang lelaki menyimbah air panas kepada seekor anjing liar.
Video yang dirakam menerusi CCTV itu telah mencetuskan kemarahan netizen dan rata-rata menyelar tindakan lekaki berkenaan yang dikatakan tidak berperikemanusiaan.
Sumber: Facebook KK & Instagram Fauziah