SAMA SAMA Tour Singgah ke Malaysia Disember Ini

SAMA SAMA Tour Singgah ke Malaysia Disember Ini

Selepas mencetuskan fenomena di empat bandar utama Indonesia, jelajah SAMA SAMA Tour, yang menampilkan lima pemuzik paling berpengaruh dari Indonesia akan tiba di Malaysia pada 5 Disember 2025.

Konsert ini bakal berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, menyatukan persembahan hebat daripada Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf dalam sebuah kolaborasi unik.

Selepas menerima sambutan hangat di Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor, hentian Malaysia digambarkan penganjur PT Expo Indonesia Jaya (ExpoIndo), Tiga Dua Satu dan Thrive sebagai janji yang akhirnya tertunai buat para peminat yang sekian lama menanti.

Tiket pra-jualan telah dibuka pada 29 September, bermula dari RM228, dengan 11 kategori ditawarkan, daripada Bronze hingga Group Suite. Pembelian boleh dibuat melalui aplikasi BBO Events atau laman web samasamatur.com.

Menurut Sal Priadi, peminat boleh menantikan format persembahan yang dinamik daripada penyanyi solo, duet dan trio, di mana para artis bukan sahaja mempersembahkan lagu popular masing-masing, malah akan bertukar lagu dan menampilkan susunan eksklusif yang segar.

Untuk kemas kini lanjut, ikuti @thriveevents_my di media sosial.

Related post

Leave a Reply