GlobalViral

Pasangan Kekasih Di Singapura Dikecam Selepas Lakukan Aksi Berbahaya di Eskalator Sambil Makan Aiskrim

Sepasang kekasih di Singapura mengejutkan netizen selepas kedua mereka dirakam melakukan aksi berisiko di sebuah pusat membeli-belah di republik itu.

Dalam klip berdurasi sembilan saat yang dikongsi di halaman Facebook SG Warehouse Sale & Events pada Ahad lalu, kelihatan si teman lelaki mendukung teman wanitanya di atas bahu tanpa sebarang sokongan tambahan.

Lebih mengejutkan, pasangan itu kelihatan tenang dan menikmati aiskrim mereka sambil orang ramai memandang dengan rasa ngeri dan penuh kehairanan.

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video secara sinis menulis gadis tersebut bertuah kerana dibawa di atas bahu teman lelakinya kerana tidak ramai lelaki sanggup melakukan hal sedemikian.

Walaupun lokasi kejadian tidak didedahkan, ia dipercayai berlaku di Plaza Singapura.

Tidak mengejutkan, netizen memberikan reaksi terkejut terhadap aksi berbahaya pasangan itu dan mengutuk tindakan mereka.

Antara komen netizen:

“Ini adalah perbuatan berbahaya. Jangan tiru.”

“Ini memang menunggu masa untuk berlaku kemalangan. Di tempat kerja, saya belajar tentang penilaian risiko untuk mencegah perkara bahaya. Untuk mereka ni? Mereka perlukan penilaian psikiatri.”

Sementara itu, seorang lagi netizen menulis bahawa senario terbaik ialah jika eskalator itu tersekat separuh jalan dan menyebabkan gadis itu jatuh ke belakang supaya pasangan itu belajar daripada kesilapan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button