Lelaki Taiwan Jalani Pembedahan Selepas Cawan Seramik Dijumpai Tersekat Dalam Dubur

Lelaki Taiwan Jalani Pembedahan Selepas Cawan Seramik Dijumpai Tersekat Dalam Dubur

Seorang lelaki di Taiwan mengejutkan pakar perubatan apabila sebiji cawan seramik berukuran 8 sentimeter tinggi dan 6 sentimeter lebar dalam duburnya. Cawan itu ditemui menerusi imbasan X-ray.

Lelaki berkenaan mendapatkan rawatan perubatan selepas mengalami kembung perut selama tiga hari dan tidak dapat membuang air besar, sehingga menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung.

Walaupun doktor berusaha mengeluarkan cawan itu tanpa melibatkan pembedahan, namun usaha mereka tidak berjaya.

Lelaki itu akhirnya menjalani pembedahan selama dua jam untuk mengeluarkan cawan berkenaan melalui ususnya.

Dia kemudian mendakwa cawan itu tersekat secara tidak sengaja.

Menurut Sin Chew Daily, sebahagian usus lelaki itu didapati kurang aliran darah dan menjadi nekrotik ketika pemeriksaan dilakukan di hospital.

Dia gagal memaklumkan kepada doktor mengenai kewujudan cawan tersebut lebih awal kerana terlalu malu. X-ray menunjukkan cawan itu berada dalam posisi terbalik di rongga pelvis. Di bilik pembedahan, doktor cuba menggunakan beberapa alat, termasuk laparoskop, untuk mengeluarkan cawan itu. Namun usaha tidak berhasil kerana permukaan cawan terlalu licin.

Akhirnya, mereka berjaya mengeluarkan cawan tersebut melalui pembedahan terbuka pada bahagian abdomen lelaki itu, sambil membina stoma buatan bagi membolehkannya membuang air besar. Lelaki itu dikatakan telah cuba menolak cawan itu keluar secara semula jadi melalui pergerakan usus, namun tidak berjaya.

Ketika dia mendapatkan rawatan di hospital, dia sudah tidak dapat membuang air besar selama tiga hari.

Seorang doktor di hospital itu menjelaskan, walaupun memasukkan objek asing ke dalam dubur bukanlah perkara baharu, ia boleh menyebabkan kerosakan serius pada organ dalaman dan boleh membawa maut.

Objek-objek ini termasuk bola besbol, vibrator dan kelapa, dan mungkin dimasukkan untuk rangsangan atau kerana rasa ingin tahu.

Related post

Leave a Reply