GlobalViral

Larang Pelanggan Sentuh Barang Sampai Bergaduh, Peniaga Chatuchak Hilang Sewa Kedai

Seorang peniaga Thailand yang berniaga di pasar Chatuchak kehilangan sewa kedainya selepas perbalahan dengan seorang pelanggan menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Kejadian berlaku di Tuek Daeng Wintage, kedai menjual barangan antik dan vintaj.

Video yang dimuat naik pada 16 November oleh Wararat Puii Chaiyaprom menunjukkan pertengkaran antara dia dan seorang peniaga.

Chaiyaprom menceritakan bahawa dia sedang berjalan-jalan di sana bersama keluarganya apabila sebuah kotak besi di sebuah gerai menarik perhatiannya.

Dia mengambil kotak itu dan menunjukkannya kepada anaknya, bertanya sama ada ia kelihatan comel.

Sebaliknya, Chaiyaprom dikejutkan dengan jeritan peniaga yang menengking: “Kalau nak tengok pun, mintalah dulu,” jerkah peniaga berkenaan.

Peniaga itu terus membebel mengenai peraturan jangan sentuh di kedainya.

“Kalau tak beli, jangan sentuh. Ada tanda jangan sentuh di situ, tak nampakkah?” tanya pekedai itu seperti dilaporkan Bangkok Post.

Chaiyaprom berkata, dia sudah meminta maaf walaupun hanya nampak papan tanda ‘thank you’ dalam bahasa Inggeris dan bukannya tanda yang melarang pelanggan daripada menyentuh barangan.

Dia turut mengadu kepada peniaga lain di kawasan itu, mengkritik Chaiyaprom kerana tidak menutup kotak besi itu selepas membukanya.

Chaiyaprom kemudian kembali berdepan dengan peniaga tersebut, yang mendakwa dia hanya bergurau dan meminta maaf. Namun, Chaiyaprom merasakan kata-katanya bukan sekadar gurauan.

Setakat artikel ditulis, video tersebut telah meraih 8.3 juta tontonan dan lebih 7,500 komen.
Satu perbincangan rasmi kemudian diadakan antara pihak pasar dan peniaga berkenaan, yang membawa kepada penamatan sewa kedai itu serta-merta atas persetujuan bersama.

Kenyataan rasmi pihak pasar yang dimuat naik pada 18 November memperincikan keputusan tersebut.

“Keputusan ini mencerminkan komitmen Tuek Daeng Wintage untuk mengekalkan persekitaran yang selamat, penuh hormat dan positif untuk semua pengunjung serta penyewa yang sentiasa mematuhi standard kami.

“Pihak pasar turut memohon maaf atas kejadian itu dan menegaskan bahawa mereka mahu memastikan semua orang berasa dialu-alukan,” tulis kenyataan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button