Lagu Siti Nurhaliza Jadi Pilihan Raja Charles III

NAMA Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila lagu Anta Permana nyanyiannya menjadi pilihan Raja Charles III yang dimasukkan ke dalaman senarai lagu pilihan peribadi baginda.

Menerusi program The Kings Music Room anjuran Apple Music, Anta Permana diletakkan dalam senarai bersama dengan karya-karya lain yang dipilih daripada negara Komanwel.

Selain Siti, beberapa nama besar lain turut tersenarai termasuklah Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue, Diana Ross dan Grace Jones yang dilihat sebagai penyanyi pilihan terbaik pilihan baginda.

Melihatkan senarai playlist yang ada, ia menggambarkan Raja Charles III mempunyai pengetahan yang luas tentang muzik global merangkumi pelbagai era dan genre seperti afrobeats, reggae serta pop kontemporari.

“Itu semua bukan sekadar hiburan, tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan,” titah Raja Charles dalam siaran khas itu.

Antara lagu yang menjadi sebahagian daripada ‘playlist’ Raja Charles III

Rakaman The King’s Music Room berlangsung di Istana Buckingham dan memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi baginda.

Penghormatan tersebut jelas membanggakan peminat muzik tanah air yang tidak menyangka lagu Melayu turut menjadi pilihan peribadi Raja Britain tersebut.

Sebagai info, Anta Permana merupakan lagu hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dan dilancarkan secara rasmi pada 2018.

Related post

Leave a Reply