
Konflik Penganjur, Konsert THE BOYZ Di Kuala Lumpur & Bangkok Dibatalkan
Kumpulan K-pop THE BOYZ mengumumkan pembatalan dua lagi lokasi dalam jelajah dunia mereka, THE BLAZE.
Pengumuman terbaharu pada 5 Oktober memaklumkan bahawa konsert di Kuala Lumpur dan Bangkok telah dibatalkan.
Dua lokasi ini menyusul selepas pembatalan konsert di Macau dan Taipei yang diumumkan lebih awal pada 25 September.
Salah seorang anggota THE BOYZ, iaitu Eric memohon maaf atas pembatalan konsert jelajah kumpulannya itu.
“Saya minta maaf kepada semua yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert ini. Ramai dalam kalangan kamu telah membuat persediaan untuk kami, hanya untuk menerima berita mengecewakan. Hal ini membuatkan kami sedih.
“Semoga kita dapat berjumpa dalam keadaan masa yang mengizinkan. Tunggu kami ya,” pesan Eric.
Jelajah THE BLAZE bermula di Seoul pada bulan Jun, dan kumpulan itu kini sedang melengkapkan siri konsert di Jepun. Konsert yang dibatalkan itu sepatutnya berlangsung selepas siri jelajah Jepun, bermula dengan Macau pada 11 Oktober.
Menerusi pengecualian konsert Jakarta pada 8 November, semua tarikh antarabangsa selepas Jepun kini telah dikeluarkan daripada jadual rasmi.
Mengikut laporan media, pembatalan tersebut berpunca daripada konflik yang tidak didedahkan antara agensi THE BOYZ dan penganjur konsert bagi bandar-bandar yang terjejas.