Kerja Cuci Tandas Di Singapura Pentingkan Ijazah, Gaji Bermula RM10K Sebulan

Kerja Cuci Tandas Di Singapura Pentingkan Ijazah, Gaji Bermula RM10K Sebulan

Berdasarkan iklan jawatan kosong di Singapura, gaji asas sebanyak SGD3,200 (RMRM10,500) hingga SGD3,300 (RM10,800) akan ditawarkan kepada calon, dengan potensi bayaran gaji untuk mencecah SGD3,500 (RM11,500) hingga SGD4,000 (RM13,000) selepas tambahan kerja lebih masa.

Tawaran kerja kosong ini merangkumi tugas membersihkan tandas dan kerja-kerja pembersihan am, dengan mengalu-alukan dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai ijazah dalam apa jua bidang.

Tentu sekali, warganet terkejut dengan tawaran gaji tinggi untuk pekerjaan yang kebanyakan orang sifatkan sebagai kotor dan tidak berbaloi untuk dipohon.

“Negara terlalu kompetitif sampai perlu ada ijazah untuk cuci tandas.”

Iklan pekerjaan berkenaan tular dan menimbulkan perdebatan banyak pihak.

Mereka juga meluahkan rasa sedih dengan realiti bahawa rakyat Malaysia kini sanggup mengambil pekerjaan kasar demi gaji yang lebih lumayan di luar negara.

“Betul-betul menunjukkan betapa lemahnya mata wang dunia ketiga kita.”

“Itulah standard yang ditetapkan rakyat Malaysia. Dengan ijazah pun sanggup buat kerja macam ni. Lama-lama jadi perkara biasa.”

Namun begitu, ada juga yang meragui kesahihan iklan kerja tersebut, dengan mendakwa ia sekadar helah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura.

Related post

Leave a Reply