Intan Najuwa Adakan Solat Hajat Dengan Pelajar Tahfiz, Doakan Delegasi GSF

Intan Najuwa Adakan Solat Hajat Dengan Pelajar Tahfiz, Doakan Delegasi GSF

Pelakon, Datin Intan Najuwa, 28, mengambil inisiatif menganjurkan majlis solat hajat sebagai usaha memohon kelancaran dan keselamatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan ketika berlayar menuju Gaza, Palestin.

Menurut Intan, majlis itu adalah sebahagian sumbangan peribadinya buat para sukarelawan Malaysia yang berada di perairan antarabangsa ketika ini.

“Saya tahu mungkin ada yang menghakimi atau memberi tanggapan negatif, tetapi saya ingin jelaskan bahawa ini bukan kerana ‘fomo’ (fear of missing out) atau mengharapkan pengiktirafan.

“Saya benar-benar tergerak hati untuk melakukannya,” katanya menerusi hantaran di platform Threads.

Majlis yang diadakan pada malam Khamis akan turut disertai oleh anak-anak tahfiz serta suaminya.

Intan berkata, mereka akan terus melaksanakan solat hajat setiap malam selagi dikurniakan kekuatan.

“Malam ini (semalam), saya bersama suami dan anak-anak tahfiz akan menunaikan solat hajat khusus untuk sukarelawan Global Sumud Flotilla.

“Semoga doa-doa kita diangkat Allah dan mereka yang ditahan secara tidak sah oleh rejim Zionis berada di bawah lindungan-Nya,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Intan juga berjaga hingga lewat malam Rabu bagi mengikuti perkembangan terkini pelayaran delegasi GSF yang kini melalui zon merah.

Related post

Leave a Reply