Insentif ITFC 2.0, 14 Filem Terima Insentif Lebih RM1.2 juta

Insentif ITFC 2.0, 14 Filem Terima Insentif Lebih RM1.2 juta

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meneruskan komitmen dalam menyokong industri perfileman tempatan melalui pemberian Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC 2.0)  Bil. 2/2025 berjumlah RM1,128,729.74 kepada 14 buah filem.

Majlis penyampaian insentif ini telah disempurnakan oleh Pwngerusi FINAS,  Dato’ Gerald Hans Isaac, di Studio Dolby Atmos, Mix Stage, FINAS Hulu Kelang, pada Selasa.

ITFC merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan galakan kepada penerbit filem untuk terus menghasilkan karya-karya berkualiti. Ia bukan sahaja meringankan beban penerbit, malah menjadi bukti sokongan kerajaan terhadap kelangsungan industri filem negara.

Pada tahun ini FINAS telah menyalurkan ITFC berjumlah lebih RM1.7 juta.

Terdahulu sembilan buah filem daripada tujuh syarikat penerbitan telah menerima jumlah keseluruhan RM613,702.13 di bawah ITFC 2.0 Bil. 1/2025 pada 22 April yang lalu. 

Semalam, sebanyak 14 filem telah menerima insentif berjumlah RM1,128,729.74 di bawah ITFC 2.0 Bil. 2/2025, sekali gus memperlihatkan peningkatan jumlah penerbitan filem tempatan yang mendapat sambutan di pawagam.

Sebanyak 14 filem menerima insentif kali ini.

Melalui kenyataan tersebut lagi, FINAS yakin bahawa pemberian insentif ini akan terus merancakkan aktiviti penerbitan filem cereka, di samping meningkatkan daya saing industri di peringkat serantau dan antarabangsa.

Dalam majlis tersebut, turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman bin Nik Husin, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib.

Turut sama, Ahli Perbadanan merangkap Pengerusi Skim Wajib Tayang, Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi), Ahli-Ahli Perbadanan FINAS dan penggiat industri.

Filem-filem yang menerima ITFC 2.0 kali ini terdiri daripada Dongeng Sang Kancil, Mereka Yang Tertewas, Tengkang, Babah, The Stori Of Tarcians, Sahak Gangster dan Emp4t.

Turut menerima insentif tersebut, Tamil School, I Am Kelefe, Limbungan, Simple Manusan, Raya Emas: Salako Sacred Treasure, Sigh And Sound In Love dan Are You My Son.

Related post

Leave a Reply