Im Si Wan Kembali Aktif Sebagai Penyanyi Bakal Luncur Album Solo Pertama Di Bawah SM Entertainment

Im Si Wan Kembali Aktif Sebagai Penyanyi Bakal Luncur Album Solo Pertama Di Bawah SM Entertainment

Pelakon dan penyanyi Im Si Wan bakal bekerjasama dengan SM Entertainment bagi menghasilkan album solo pertamanya.

Menurut laporan JTBC Entertainment News pada 13 Oktober, Im Si Wan kini sedang dalam persiapan untuk album solo pertamanya bersama SM Entertainment, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada akhir tahun ini. SM Entertainment juga akan menguruskan keseluruhan aktiviti muzik Im Si Wan selepas ini.

“Salah satu label anak syarikat kami sedang menerbitkan album solo Im Si Wan, dan kami kini sedang menyelaras jadual pelancaran serta butiran lain,” ujar satu kenyataan.

Sejak Ogos lalu, Im Si Wan bergerak tanpa agensi pengurusan. Difahamkan, ketika sedang menyiapkan albumnya secara bebas, dia memutuskan untuk bekerjasama dengan SM Entertainment selepas mendapat dorongan daripada artis senior Kangta.

Im Si Wan juga dilaporkan menaruh kepercayaan terhadap kepakaran SM Entertainment, yang terkenal menguruskan ramai kumpulan idol popular seperti TVXQ, Girls’ Generation, NCT, aespa dan RIIZE.

Walaupun Im Si Wan pernah menyumbang suara untuk lagu runut bunyi drama dan berkolaborasi dengan artis lain, ini merupakan kali pertama beliau mengeluarkan album di bawah namanya sendiri.

Sebagai ahli kumpulan ZE:A yang debut pada tahun 2010 bersama Park Hyung Sik, Hwang Kwang Hee dan Kim Dong Jun, Im Si Wan tidak lagi aktif dalam aktiviti kumpulan sejak 2017.

Im Si Wan dijangka akan terus aktif dalam bidang muzik selepas debut solonya.

“Saya tidak pernah menyerah sebagai penyanyi,” sambil menegaskan komitmennya terhadap bidang muzik.

Dari segi kerjaya lakonan pula, Im Si Wan belum menandatangani kontrak dengan mana-mana agensi baharu, namun dilaporkan menerima tawaran daripada beberapa syarikat pengurusan.

Dia juga akan terus aktif dalam dunia lakonan. Pada Jun lalu, Im Si Wan muncul dalam drama Netflix Squid Game Season 3, dan paling baru, membintangi filem The Mantis yang ditayangkan pada 26 Ogos.

Related post

Leave a Reply