Ibu Shila Amzah Kembali Berumah Tangga, Kini Isteri Zainal

Ibu Shila Amzah Kembali Berumah Tangga, Kini Isteri Zainal

Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman selamat bernikah dengan seorang lelaki dikenali sebagai Zainal pada Sabtu.

Khabar gembira itu turut dikongsikan pereka fesyen, Seth & Luna menerusi satu posting di Instagram yang memaparkan persiapan hari bahagia tersebut.

Dalam hantaran itu, Fauziah kelihatan anggun mengenakan busana pengantin rona ungu, sambil ditemani Shila dan menantunya, Ubai MZ.

“Tahniah Shila Amzah dapat bapa baru hari ini. Selamat pengantin baharu buat Mama Zie (Fauziah) dan Tuan Zainal. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” tulis Seth & Luna.

Ruang komen perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat yang tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga tersebut selepas melalui fasa sukar sebelum ini.

Untuk rekod, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi era 80-an, ND Lala.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Shahila (Shila Amzah), Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Rumah tangga mereka berakhir selepas ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023.

Lafaz itu dimaklumkan kepada Fauziah melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos, sebelum Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai berkenaan sebagai sah pada 5 September 2023.

Related post

Leave a Reply