
Penyanyi popular, Hafiz Suip, kini kembali bergelar suami selepas selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang dibekali dengan nama Fiona Saffiyya.
Berita bahagia itu diumumkan sendiri Hafiz menerusi satu sesi siaran langsung di Facebook miliknya pada petang Jumaat.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Petrajaya, Kuching, Sarawak.
Pada majlis tersebut, beliau menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120.
Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 2016 sebelum berpisah pada Mei tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.



