Hafiz Suip Akui Amarah Punca Hidup Hancur, Kini Reda Jauh Dari Anak-Anak

Penyanyi Hafiz Suip, 35, membuat pengakuan terbuka menyatakan sikap amarah yang tidak terkawal dalam dirinya menjadi punca utama hidupnya hancur.

Menurut Hafiz, tindakan mengikut emosi tanpa berfikir panjang menyebabkan banyak keputusan penting dalam hidupnya tersasar dan memberi kesan besar terhadap diri dan keluarga.

“Amarah merupakan punca utama hidup aku hancur. Amarah bukan cara untuk selesaikan masalah. Semua orang ada rasa amarah, tapi kalau tak dikawal, semua boleh musnah.

“Aku belajar daripada silap sendiri. Kita semua ada sifat amarah, Allah yang bagi. Tapi aku ambil benda tu sebagai pengajaran,” kongsinya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Dalam hantaran sama, Hafiz turut meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap dua anak lelakinya yang kini berada di bawah jagaan isterinya, Nureffy.

“Setiap hari aku rindu anak-anak. Nak telefon, nak dengar suara. Tapi mereka sibuk dengan sekolah, jadual penuh. Aku pula duduk jauh. Sekarang cuma mampu buat panggilan video, tanya khabar, tengok wajah.

Hafiz juga mengakui bahawa isterinya lebih layak menjaga anak-anak dan dia hanya mampu berdoa dari kejauhan agar mereka membesar dengan baik dan memahami situasi sebenar apabila tiba waktunya.

“Aku doa je setiap hari supaya mereka sihat, dan satu hari nanti mereka akan faham maksud kehidupan ini,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Hafiz mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama Nureffy tidak dapat diselamatkan lagi dan mereka dalam proses berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki: Muhammad Riyadh Zafri, 8 dan Muhammad Alkaf Zayna, 5 tahun.

Related post

Leave a Reply