Fitri Harris Pernah Digoda Datuk, Ajak Buat Hubungan Songsang

Fitri Harris Pernah Digoda Datuk, Ajak Buat Hubungan Songsang

Ahli kumpulan nasyid UNIC, Dr. Fitri Harris, 41, mendedahkan dirinya pernah diganggu dan digoda oleh dua individu berpangkat sehingga cuba diheret ke dalam hubungan songsang.

Fitri berkata, pengalaman itu berlaku dalam dua situasi berbeza, masing-masing melibatkan lelaki yang sepatutnya dihormati serta menjadi contoh dalam masyarakat.

Menurutnya, insiden pertama berlaku apabila seorang ustaz tiba-tiba mengirim pertanyaan mencurigakan sebelum menghantar mesej berunsur tidak senonoh.

“Teringat dua pengalaman pelik dalam hidup saya yang sampai hari ini kalau dikenang pun saya hanya mampu gelak sambil marah.

“Pertama, seorang ustaz tanya sama ada saya ‘open minded’ sebelum mengirimkan gambar tidak senonoh.

“Saya terkejut macam kena siram air sejuk. Dalam kepala saya hanya ada satu ayat, ‘Ustaz, soalan tu bukan dalam silibus agama!’,” tulisnya di Instagram.

Tambah Fitri, pengalaman kedua pula melibatkan seorang individu bergelar Datuk yang didakwa kerap mengirim mesej berbaur lucah terutama setiap kali menjelang tengah malam.

“Setiap hari mesej manja, kemudian perlahan-lahan naik level jadi pelik, lucah dan emoji pun saya tak pernah tengok.

“Saya hanya mampu fikir, ‘Datuk, tolonglah. Saya ini pensyarah, bukan operator hotline percintaan jam 12 malam!’,” katanya yang akhirnya mengambil keputusan menyekat nombor berkenaan.

Fitri berkata, pengalaman itu membuatkannya semakin membenci perlakuan songsang, lebih-lebih lagi apabila datang daripada individu yang dianggap mulia di mata masyarakat.

“Nabi tidak mengaku umat. Saya benci betul puak macam ini. Benci sebab ia berlaku depan mata dalam bentuk gangguan peribadi.

“Benci sebab ia disokong pula oleh orang yang masyarakat anggap mulia.

“Paling saya benci bila orang salah anggap diam itu tanda suka, padahal saya diam kerana cuba jaga adab,” katanya.

Terdahulu, seramai 202 lelaki yang mengunjungi sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang dalam operasi mengejut melibatkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Related post

Leave a Reply