
Bapa Garang Ajar Anak Memandu Raih Perhatian Netizen
Setiap pemandu di Malaysia pasti tahu satu ‘peraturan tak rasmi’ ini iaitu kalau tak bagi signal, memang terus akan dipanggil ‘babi’.
Bukan sekadar bahasa untuk memarahi di jalan raya, frasa itu kini sudah menjadi bahan jenaka yang sinonim dengan budaya pemanduan rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, seorang bapa di Malaysia memastikan anak perempuannya benar-benar faham tentang hal itu dengan cara yang cukup tegas dan lucu.
Video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @dniasfea menjadi tular selepas dia berkongsi suasana ketika memandu sambil diperhatikan oleh bapanya.
Namun, bukan cara pemanduan Nia yang mencuri perhatian, tetapi cara bapanya memberi nasihat iaitu sangat tegas, berapi tapi juga menggelikan hati.
Si bapa, yang juga seorang guru, memberi pesanan yang jelas dan berisi:
“Signal tu wajib bagi. Hanya babi yang tak bagi signal. Jaga line, semua penting. Lama-lama ia akan jadi biasa.
“Yang penting tu signal wajib. Ingat, apa dia yang tak bagi signal? Babi…” ujar si bapa.
Bagi Nia, semua itu adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi ujian JPJ yang bakal tiba.
Menerusi ruangan kapsyennya, dia mengaku belajar dengan ayah sendiri lebih menakutkan daripada diuji oleh pegawai JPJ.
Ruangan komen dipenuhi dengan gelak tawa apabila ramai rakyat Malaysia dapat relate dengan pengalaman Nia.
Ada yang mengaku sebagai jurulatih memandu berkata mereka setuju dengan gaya ‘tough love’ si bapa itu.
Ada juga berkongsi kenangan disembur oleh bapa masing-masing ketika pertama kali belajar memandu, membuktikan bahawa pengalaman dimarah ketika belajar memandu kereta ini memang satu tradisi keluarga Malaysia.