Afifah Nasir Timang Cahaya Mata Sulung

Afifah Nasir Timang Cahaya Mata Sulung

Pelakon Afifah Nasir, 32, dan suami tercinta, Syed Hariz, menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, seorang bayi lelaki pada Ahad lalu.

Pemilik nama sebenar Nur Afifah Nasir meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut dan menamakan puteranya, Syed Armand Mateen.

“Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati Allah. Alhamdulillah, anugerah terindah dalam hidup kami akhirnya hadir juga. Syed Armand Mateen selamat dilahirkan ke dunia ini,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Aktres itu turut berkongsi momen penuh emosi apabila dahinya dicium mesra oleh Hariz, tanda kasih yang menyentuh hati ramai.

Berita gembira tersebut disambut meriah dengan doa dan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan selebriti di ruangan komen.

Terdahulu, Afifah mengumumkan dirinya hamil pada Mei lalu selepas genap setahun bergelar isteri.

Kini, impiannya untuk menimang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah, sekali gus melengkapkan kehidupan baharu mereka sebagai pasangan suami isteri.

Related post

Leave a Reply