Yeo Bee Yin Selamat Lahirkan Bayi Kembar Lelaki

Ahli politik, Yeo Bee Yin, mengumumkan kelahiran bayi kembar lelakinya menerusi satu perkongsian penuh emosi di media sosial.
Bayi kembar tersebut dilahirkan pada 14 Mac 2026 ketika kandungan berusia 35 minggu.
Dalam perkongsiannya, Yeo menjelaskan bayi tersebut merupakan kembar jenis Monochorionic Diamniotic (MCDA), iaitu kembar seiras yang berkongsi satu plasenta tetapi mempunyai kantung amnion berasingan.
Yeo turut menyifatkan kehamilan kali ini sebagai lebih mencabar dari segi fizikal dan emosi berbanding kehamilan sebelumnya.
Walaupun dia dan suami berharap bayi kembar berkenaan dapat kekal lebih lama dalam kandungan, kelahiran berlaku lebih awal daripada jangkaan.
Namun begitu, Yeo berkongsi bahawa kedua-dua bayi dilahirkan dalam keadaan sihat dan kehamilan berjalan lancar tanpa komplikasi besar.
Dengan kelahiran tersebut, Yeo dan suaminya kini mempunyai lima orang anak lelaki.
Dalam masa sama, dia turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran yang selamat serta berkongsi refleksi mengenai perjalanan kehamilannya.
Pengumuman tersebut mendapat perhatian ramai dalam talian, dengan netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah kepada keluarga tersebut.



