Trending

Tiada Gambar Raya Bersama, Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Didakwa Dah Tak Tinggal Sebumbung

Rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai apabila timbul dakwaan mereka tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama tahun ini.

Menurut sumber, kedua-duanya dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu, namun memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Malah, hubungan mereka juga dipercayai semakin renggang sejak kebelakangan ini.

“Saya difahamkan mereka sudah lama tidak tinggal bersama. Sebab itu masing-masing sambut raya dengan keluarga sendiri tahun ini.

“Hubungan mereka dikatakan agak dingin, tetapi saya tidak pasti punca sebenar masalah yang berlaku,” ujar sumber berkenaan seperti dilaporkan Mstar.

Spekulasi tersebut mula hangat diperkatakan apabila kedua-dua mereka berkongsi momen 1 Syawal di media sosial tanpa kehadiran pasangan masing-masing.

Yusuf, atau nama penuhnya Mohd. Yusuf Bahrin, dilihat memuat naik gambar bersama ahli keluarga dengan kapsyen ringkas yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut.

Dalam pada itu, Zizi pula berkongsi foto menyambut Aidilfitri secara bersendirian, sekali gus menguatkan lagi persoalan peminat tentang status perkahwinan mereka.

Sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu yang tular itu.

Yusuf sebelum ini dalam satu temubual memberitahu, Aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana dan tidak akan mengenakan baju sedondon dengan Zizi.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021 dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button