Siti Saleha ‘Reveal’ Jantina Anak Sulung, Dedah Bakal Timang Anak Lelaki

Siti Saleha ‘Reveal’ Jantina Anak Sulung, Dedah Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon Siti Saleha, 35, menunaikan janjinya kepada peminat apabila mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum berkongsi berita gembira itu ketika menghadiri majlis Mitoni atau mandi bunga mengikut adat masyarakat Jawa yang diadakan baru-baru ini.

“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan dengan lancar. Kami akan menimang anak lelaki,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Siti Saleha sebelum ini memaklumkan akan berkongsi jantina bayi selepas selesai majlis Mitoni yang dirancang oleh keluarga mentuanya.

Dalam majlis tersebut, suaminya, Joshua Fitton turut menyiram isterinya dengan air mandian bunga sebagai simbolik kasih dan restu.

Pengumuman jantina pula dilakukan dengan melepaskan kepulan asap berwarna biru tanda mereka bakal menyambut kehadiran bayi lelaki.

Terdahulu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu mengumumkan dirinya sedang hamil dan kini kandungannya telah memasuki usia enam bulan.

Imbas kembali, Siti Saleha dan Joshua mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Related post

Leave a Reply