Sissy Imann Teruja Jadi Hos ‘Wedding Of The Year’

Sissy Imann Teruja Jadi Hos ‘Wedding Of The Year’

Hari bahagia bakal pengantin, Fattah Amin dan Amira Othman bukan sahaja membuatkan peminat berasa teruja, malah rakan artis turut sama menantikan detik bersejarah itu.

Antara yang paling gembira ialah penyanyi, Sissy Imann, 29, apabila dirinya diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis pernikahan yang disifatkan sebagai ‘wedding of the year’.

Sissy yang juga rakan baik Amira, mengakui tidak menyangka bakal menjadi sebahagian daripada momen penuh bersejarah itu.

Bagi dirinya, peluang ini bukan sekadar satu penghormatan besar, malah detik yang akan diingati seumur hidup.

“Gementar nak jadi hos wedding of the year. Nasib baik jadi, tak kisahlah datang majlis kena kerja pada waktu itu,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, berkata walaupun berdebar, dia akan menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin.

Malah, dia turut berkongsi perbualan bersama Amira yang secara berseloroh terkejut apabila mengetahui dirinya dipilih sebagai pengacara majlis.

Majlis pernikahan Fattah dan Amira bakal berlangsung pada 14 September ini bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

Related post

Leave a Reply