Sissy Imann Bakal Bernikah Dengan Doktor Dalam Masa Terdekat

Sissy Imann Bakal Bernikah Dengan Doktor Dalam Masa Terdekat

Penyanyi dan pelakon, Sissy Imann, 30, berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang doktor dalam masa terdekat.

Namun begitu, Sissy memilih untuk tidak mendedahkan tarikh dan butiran majlis pernikahan demi menghormati permintaan keluarga bakal suami.

“Apa yang boleh saya kongsi memang saya bakal berkahwin, tetapi bila tempohnya, minta maaf saya terpaksa simpan.

“Kami berkenalan selepas mendapat khidmat rawatan daripadanya. Bermula dari situ kami berkawan dan kami tidak bercinta pun. Tetapi, suatu hari dia beritahu hendak jumpa ayahanda.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mungkin dia nak berjumpa ayahanda untuk projek kolaborasi kerana dia juga memiliki perniagaan.

“Tapi tidak sangka rupanya dia menyatakan hasrat untuk menikahi saya. Bagaimanapun, ayahanda beri tempoh antara tiga bulan hingga enam bulan,” katanya.

Menurut Sissy lagi, bakal suaminya sebenarnya tidak mengetahui statusnya sebagai selebriti ketika mereka mula berkenalan.

“Ketika kenal dengan dia, dia tak tahu pun saya penyanyi atau artis. Memang dia adalah orang yang tak tengok TV. Jadi, dia tidak tahu siapa saya.

“Kami belum bertunang, kami putuskan hendak bertunang sebelum acara nikah. Majlis kami nanti hanyalah secara kecil-kecilan.

“Jadi, saya minta maaf tidak dapat jemput semua. Cuma doakan yang terbaik untuk kami dalam melayari rumah tangga,” ujarnya.

Ditanya mengenai keistimewaan lelaki yang berjaya menawan hatinya itu, Sissy mengakui perasaannya berubah sebaik mengenali jejaka berkenaan dengan lebih rapat.

Related post

Leave a Reply