Trending

Seminggu Raya, Jumlah Duit Raya Jebat Jayden Cecah RM18,000

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad, iaitu Jebat Jayden sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan jumlah kutipan duit rayanya tahun ini yang bukan calang-calang.

Menerusi satu perkongsian video, kanak-kanak berusia lapan tahun itu dikatakan berjaya mengumpul sebanyak RM18,369 sepanjang seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lebih menarik, Jebat bukan sahaja menerima wang tunai, malah turut memperoleh hadiah berupa beberapa keping jongkong emas daripada ahli keluarga terdekat.

Antara jongkong emas yang diterima termasuk keluaran jenama Poh Kong edisi Bunga Raya seberat 10 gram dan 1 gram, selain PAMP Suisse (10 gram) serta Tomei (1 gram).

Difahamkan, pemberian istimewa itu datang daripada ahli keluarga termasuk ibu saudaranya yang juga selebriti terkenal, Neelofa, selain sanak saudara dan kenalan rapat keluarga.

Perkongsian tersebut pantas menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat rezeki dimiliki Jebat.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang berpendapat situasi itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan latar belakang keluarga mereka yang berada.

Related Articles

Back to top button