Viral

Sahabat Setia Wakafkan Telaga, Masjid Atas Nama Vidi Aldiano

Bapa kepada penyanyi Vidi Aldiano, Harry Kiss, mendedahkan bahawa beberapa sahabat anaknya meneruskan amalan kebaikan yang pernah dilakukan Vidi. 

Salah seorang daripada mereka adalah Shireen Sungkar yang telah mewakafkan sebuah telaga atas nama Vidi Aldiano yang dibina di Gunung Kidul, Yogyakarta.

Selain itu, sahabat lain juga membina sebuah masjid di kawasan Bogor, Jawa Barat.

Menurut Harry Kiss, pelbagai kebaikan tersebut diyakini membuat mendiang anaknya berasa bahagia.

“Sahabat-sahabat Vidi, seperti Shireen dan lain-lain, tiba-tiba membina telaga, masjid dan sebagainya. Kawan-kawan Vidi sekarang berlumba-lumba melakukan sesuatu untuk menggembirakan Vidi.

“Semalam juga ada yang menderma untuk pembinaan masjid di Bogor, tepatnya di Cisarua. Itu juga daripada rakan-rakan Vidi,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.

Perkongsian yang dibuat oleh bapa Vidi mengundang emosi banyak pihak.

Harry mengaku gembira melihat kebaikan para sahabat Vidi tersebut.

Sepanjang dua minggu sejak pemergian Vidi Aldiano, masih ramai yang mengenang sosoknya. 

“Kemudian masjid, apa lagi ya? Saya tidak tahu ini apa lagi. Jadi alhamdulillah sampai hari ini Vidi masih dikenali sebagai orang yang baik.

“Kita semua juga mahu dikenali sebagai orang baik. Saya rasa itu tujuan hidup kita,” tambahnya.

Vidi Aldiano meninggal dunia pada 7 Mac lalu di Cilandak Barat, Jakarta Selatan. 

Penyanyi lagu Status Palsu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 35 tahun selepas berjuang melawan kanser buah pinggang hampir tujuh tahun. 

Pemergiannya meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga, termasuk isterinya, Sheila Dara Aisha, serta sahabat dan para peminat yang selama ini mengikuti perjuangannya.

Related Articles

Back to top button