BeritaFilm

Pelakon Veteran Robert Duvall Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Robert Duvall, meninggal dunia pada usia 95 tahun di Virginia, Amerika Syarikat.

Berita duka itu disampaikan oleh Luciana, isteri kepada Duvall. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Middleburg, Virginia dalam suasana tenang.

“Semalam, kami mengucapkan selamat tinggal kepada suami tercinta, sahabat yang penuh kasih sayang dan salah seorang pelakon terhebat sepanjang zaman. Bob meninggal dunia dengan aman di rumah, dikelilingi insan tersayang.

“Bagi dunia, beliau ialah pelakon pemenang Academy Award, seorang pengarah dan pencerita hebat. Namun bagi saya, dia adalah segalanya.

“Semangatnya terhadap kerjaya hanya dapat ditandingi oleh kecintaannya yang mendalam terhadap watak-watak yang dibawakan serta makanan yang enak. Dalam setiap peranan, Bob memberikan sepenuh jiwa untuk menghayatinya,” tulis Luciana menerusi akaun media sosial milik Robert Duvall.

Duvall memulakan kerjaya lakonannya sejak era 1960-an dan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Academy Award menerusi filem Tender Mercies yang ditayangkan pada 1983.

Sepanjang kerjayanya, beliau turut memenangi empat anugerah Golden Globe Awards termasuk menerusi filem Lonesome Dove.

Selain itu, Duvall juga membintangi pelbagai filem terkenal seperti To Kill A Mockingbird, The Godfather, Gone In 60 Seconds, Hustle dan The Judge.

Kredit foto AP Photo

Related Articles

Back to top button