Viral

Mawi Pernah Dapat Hadiah Seluar Dalam Peminat Fanatik

Penyanyi, Mawi, 45, mengimbas kembali pengalaman tidak akan dilupakan yang pernah dilaluinya sewaktu berada di puncak populariti, apabila menerima hadiah yang menjijikkan daripada peminat.

Menurut pemilik nama sebenarnya Asmawi Ani, hadiah tersebut berupa seluar dalam wanita jenis g-string yang dipercayai sudah dipakai dan masih terdapat kesan lendir.

“Waktu itu saya pergi ke sebuah negeri untuk buat persembahan. Bila balik ke bilik hotel, penuh hadiah dalam bilik saya.

“Saya buka hadiah-hadiah itu bersama ayah. Bila buka salah satu kotak merah jambu dengan reben, bau wangi, tapi bila buka seluar dalam, rupa-rupanya dah pakai dan ada lendir,” katanya dalam sebuah audio siar.

Terkejut dengan situasi tersebut, Mawi panik sebelum bapanya menenangkan dan mengambil tindakan segera.

“Saya pun panik, ayah cakap jangan sentuh. Dia ambil penyangkut baju dan tarik. Lendir itu jatuh, masih segar. Ayah masukkan dalam mangkuk tandas dan flush. Seram juga itu,” ujarnya lagi.

Mawi menganggap populariti yang dicapainya sebagai satu ujian yang besar, terutama godaan daripada wanita.

“Ujian wanita yang datang ini memang masya-Allah. Nak tepis macam mana itu kena betul-betul kuatlah. Yang datang bukan biasa-biasa,” jelas pelantun lagu Kian.

Untuk rekod, Mawi mula menapak dalam industri seni Malaysia pada tahun 2005 selepas menyertai Akademi Fantasia musim ketiga dan dinobatkan sebagai juara.

Fenomena Mawi World tercetus daripada kemenangannya, menarik perhatian seluruh negara. Beliau juga pernah digelar ‘Raja SMS’ apabila menerima 12.6 juta undian sepanjang sembilan minggu.

Related Articles

Back to top button