FilmGlobalTrending

Lisa Dinobatkan ‘International Film & TV Breakouts of the Year’ Oleh Variety

Lisa sememangnya sering menikmati kejayaan besar dalam industri K-Pop sejak debut bersama kumpulan BLACKPINK pada 2016.

Sejak melangkah ke dunia hiburan televisyen, popularitinya dilihat semakin berkembang dengan pantas.

Kali ini, bintang kelahiran Thailand itu sekali lagi meraih pengiktirafan luar biasa daripada sebuah majalah berprestij.

Variety baru-baru ini menamakan Lisa sebagai salah seorang ‘International Film and TV Breakouts of the Year’ menerusi peranannya dalam siri The White Lotus, sekali gus meletakkannya sebaris dengan bintang filem ternama yang telah menguasai dunia hiburan dengan karisma dan bakat mereka.

Selain itu, Variety bukan sahaja memuji Lisa yang memegang watak Mook dalam siri tersebut. Dalam masa sama, Variety turut menegaskan yang walaupun masa kemunculan Lisa di skrin agak terhad mengikut peranan wataknya, lakonannya tetap mendapat pujian daripada penonton.

Majalah itu turut mengucapkan tahniah kepada Lisa kerana membantu memperluaskan pengaruh The White Lotus menerusi imejnya yang sempurna, serta menyifatkan pemilihan Lisa oleh HBO sebagai satu langkah bijak dan strategik.

“Pemilihannya telah meluaskan capaian global siri ini dan menandakan satu langkah luar biasa di luar kebiasaan pemilihan pelakon Hollywood,” tutup Variety.

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button