Kim Jong Kook Bongkar Punca Sebenar Rahsiakan Identiti Isteri, Nafi Semua Khabar Angin

Kim Jong Kook Bongkar Punca Sebenar Rahsiakan Identiti Isteri, Nafi Semua Khabar Angin

Selebriti Korea popular, Kim Jong Kook baru-baru ini mendedahkan sebab mengapa dia tidak mendedahkan identiti isterinya serta menafikan semua khabar angin mengenainya.

Kim Jong Kook selamat mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang bukan selebriti dalam sebuah majlis tertutup pada 5 September lalu, hanya dihadiri kenalan rapat.

Sejurus selepas berita itu tersebar, timbul pelbagai spekulasi mengenai isterinya. Ada yang mendakwa si isteri merupakan seorang CEO syarikat kecantikan yang berusia 11, 20 tahun lebih muda daripadanya dan ada juga yang mengatakan wanita itu berasal dari Los Angeles.

Pada 11 September lalu, ketika muncul dalam siaran KBS 2TV Problem Child in House, Kim Jong Kook tampil menepis segala khabar angin tentang perkahwinannya.

“Kami tidak berkenalan di gim. Selain daripada jantina, tiada satu pun khabar angin itu benar. Semuanya salah.

“Saya bukan sembunyikan maklumat kerana jurang usia. Itu mengarut. Bukan saya yang mahu identitinya dirahsiakan, tetapi dia sendiri yang memilih untuk kekal anonim,” katanya.

Pada hari yang sama, Kim Jong Kook turut berkongsi di saluran YouTube miliknya, GYM JONG KOOK, momen ketika dia memaklumkan secara peribadi kepada rakan selebriti mengenai majlis perkahwinannya.

Dalam video itu, dia dilihat menjemput Yoo Jae Suk ke majlis dengan cara yang bersahaja. Kim Jong Kook bertanya santai,

Related post

Leave a Reply