BeritaGaya HidupViral

Kamal, Uqasha Sah Cerai Talak Satu

Rumah tangga pelakon Kamal Adli dan aktres Uqasha Senrose akhirnya terlerai apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.56 tengah hari Isnin.

Lafaz cerai tersebut dibuat oleh Kamal di hadapan Hakim Syarie, Puan Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang difailkan oleh Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Related Articles

Back to top button