FilmViral

Kaki Tersadung Batu & Tergelincir Ketika Penggambaran, Lutut Aniq Suhair Koyak

Hasrat untuk memberikan lakonan terbaik hampir mengundang risiko buat pelakon Aniq Suhair apabila dia mengalami kecederaan pada bahagian bawah lutut ketika penggambaran filem Bisikan Nafsu.

Kejadian malang itu berlaku sewaktu Aniq melakonkan babak aksi melompat dari tembok ke sungai, yang juga merupakan penggambaran hari terakhir filem berkenaan.

“Malang memang tak berbau. Semalam merupakan hari terakhir di set penggambaran filem Bisikan Nafsu. Ada satu babak yang perlukan komitmen saya dan saya cuba untuk buat yang terbaik.

“Scene itu saya perlu melompat dari tembok turun ke sungai besar dan pergi keseberang. Tapi nak jadikan cerita saya tergelincir, kaki tersadung di batu dan dapat enam jahitan,” kongsinya di Instagram.

Susulan kecederaan tersebut, Aniq terpaksa menerima enam jahitan dan dinasihatkan untuk berehat buat sementara waktu bagi mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius.

Dalam pada itu, Aniq menzahirkan rasa terima kasih kepada petugas perubatan serta pasukan produksi yang bertindak pantas membawanya mendapatkan rawatan.

“Apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada nurse, doktor dan seluruh staff Klinik Kesihatan Bukit Besi atas layanan yang sangat baik dan tindakan pantas merawat saya.

“Terima kasih juga kepada team produksi yang terus bawa saya ke klinik. Appreciate sangat. Untuk sementara nampaknya memang kena rehat. Doakan cepat saya sembuh,” katanya lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button