Julia Farhana Padam Gambar Nikah? Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya

Pelakon, Julia Farhana didakwa tidak menyambut Aidilfitri bersama suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tahun ini.
Perkara itu mula menjadi perhatian selepas Che Hafiz memuat naik foto pagi raya di Instagram yang hanya memaparkan dirinya bersama ibu tercinta tanpa kehadiran Julia.
Lebih menguatkan andaian, pasangan tersebut juga didakwa tidak lagi saling mengikuti akaun masing-masing di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Malah, foto pernikahan mereka juga tidak lagi kelihatan di ruangan Instagram Julia. Didakwa sudah dipadam atau disimpan di arkib.
Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi yang berlegar.
Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 April 2022 dalam sebuah majlis tertutup.
Sebelum ini, Che Hafiz pernah berkahwin dengan penyanyi Lufya pada November 2016 sebelum berpisah pada Jun 2020.



