BeritaTrending

Ini 7 Sebab Kenapa Penggiat Industri Perlu Menjadi Ahli Persatuan Seniman Malaysia

  1. PENGIKTIRAFAN RASMI DALAM INDUSTRI KREATIF

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah ditubuhkan sejak 1974 dan merupakan persatuan artis tertua di Malaysia yang memperjuangkan kebajikan serta nasib para penggiat seni tanah air. Keahlian di dalam persatuan ini memberi anda pengiktirafan rasmi sebagai anggota komuniti seni yang diiktiraf oleh badan kerajaan dan industri. Turut diadakan pelbagai program pembangunan belia dan artis baharu selain setiap peserta bakal menerima pensijilan dan pengiktirafan profesional melalui SENIMAN.

  1. MELINDUNGI HAK DAN KEBAJIKAN AHLI

SENIMAN terlibat secara aktif memperjuangkan isu berkaitan kebajikan artis, termasuk membawa suara ahli ke kementerian dan badan-badan kerajaan. Selain itu usaha berterusan terus dilakukan untuk memperjuangkan KWSP & PERKESO khas penggiat seni. Apabila mereka menjadi ahli, ia lebih memudahkan untuk mendapat sokongan persatuan sekiranya ada isu yang timbul dalam kerjaya seni, seperti kontrak, perlindungan sosial dan lain-lain.

  1. AKSES KEPADA PROGRAM BANTUAN INDUSTRI KREATIF

Persatuan ini bekerjasama rapat dengan FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri untuk menguruskan bantuan kepada penggiat seni secara sistematik. Ini membantu ahli mendapatkan maklumat data industri yang tepat dan peluang bantuan apabila diperlukan.

  1. PEMBANGUNAN KERJAYA DAN PELUANG JARINGAN (NETWORKING)

SENIMAN menjadi platform berhubung dengan penggiat seni lain, termasuk pelakon dan pelbagai profesional seni di Malaysia yang boleh membantu dalam peluang kerjaya. Melalui program, aktiviti dan jaringan ini, ahli berpeluang dipertemukan dengan peluang projek dan kolaborasi baru. Keutamaan penyertaan dalam projek, produksi, program latihan dan inisiatif kerajaan (FINAS, RTM, MyCreative, MDEC dan sebagainya). Selain itu SENIMAN juga mewujudkan jaringan terus dengan penerbit, stesen TV dan agensi kerajaan selain akses kepada database dan talent bank SENIMAN.

  1. AKSES KEPADA KEJAYAAN PROFESIONAL & PROMOSI DIRI

Menjadi ahli membantu anda lebih mudah diiktiraf dalam industri dan memberi peluang untuk dipromosikan dalam jaringan industri kreatif. Ini juga boleh membantu meningkatkan profil profesional anda dalam sektor seni berbanding tidak berdaftar.

  1. MANFAAT KEBAJIKAN DAN PROGRAM SOKONGAN

SENIMAN juga giat menjalankan program kebajikan ahli seperti insuran, kad diskaun, dan skim sokongan kepada ahli sewaktu menghadapi kesukaran. Bantuan yang diberikan meliputi kebajikan kecemasan (sakit, kemalangan, musibah) selain sokongan pengurusan jenazah dan khairat kematian. Ini termasuk inisiatif lain seperti projek perumahan dan sokongan sosial yang disediakan dari semasa ke semasa.

  1. SEBAGAI SUARA KOLEKTIF DALAM INDUSTRI KREATIF

Dengan menjadi ahli, suara anda digabungkan bersama ahli-ahli lain untuk memperjuangakan soal dasar, standard kerja yang lebih baik agar keputusan yang memberi impak kepada industri seni secara keseluruhan. SENIMAN juga akan memberikan nasihat asas berkaitan kontrak, hak cipta dan royalti kepada mereka yang memerlukan.

Related Articles

Back to top button