“Ingat Aku Kucing Ke?” Individu Dikecam Sebab Kritik Tuan Rumah Guna Pinggan Pakai Buang

Seorang individu mencetuskan perdebatan hangat selepas mengkritik seorang tuan rumah yang menggunakan pinggan dan peralatan makan pakai buang ketika menjamu tetamu ketika mengadakan rumah terbuka.
Dalam satu hantaran Threads yang tular, individu tersebut meluahkan rasa tidak senangnya terhadap mereka yang menggunakan pinggan dan peralatan makan mesra alam, malah melabel tuan rumah sebagai pemalas.
Dia turut membuat perbandingan sinis antara kucing dan tuan rumah yang menggunakan pinggan pakai buang.
“Jenis pemalas memang akan guna cawan pinggan pakai buang. Aku kalau pergi beraya dpt mcm ni mmg aku tak makan.
“Ingat aku kucing ke? Kucing pun makan atas pinggan kaca,” tulisnya.

Pandangan tersebut bagaimanapun tidak mendapat sokongan netizen, sebaliknya ramai mengecam kenyataannya yang dianggap angkuh dan tidak berterima kasih.
Antara yang menegur termasuklah pempengaruh Azfar Heri.
“Kau tak nak makan itu masalah kau, lagi senang untuk tuan rumah. Saya suggest awak boleh makan atas daun pisang berkonsepkan banana leaf gitu atau pun makan dalam kasut kelopak jantung. Banyak sangat bunyi, ko makan je la,” tulis Azfar.

Seorang lagi turut membalas dengan nada pedas, mengatakan perkara kecil seperti itu tidak sepatutnya dijadikan isu.
Selain itu, ada juga yang menegur sikap individu berkenaan yang dianggap tidak menghargai jemputan, dengan menyatakan bahawa dia sepatutnya bersyukur kerana dijemput ke rumah terbuka.
Foto: Dijana oleh Gemini



