Bella Astillah, Syed Saddiq Tunang Hari Ini

Hubungan yang selama ini menjadi tanda tanya akhirnya terjawab apabila pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsi khabar gembira mengenai berita pertunangan mereka.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syed Saddiq memaklumkan dia sudah melamar Bella dan menerima jawapan daripada aktres berkenaan.
“Saya melamar, dia kata ya. Ini bukan penamat, tetapi permulaan baharu buat kami. Hari ini berlangsungnya majlis pertunangan kami, mohon doa yang baik-baik,” kongsinya.
Dalam video yang dimuat naik, Saddiq dilihat menyarungkan cincin kepada Bella ketika mereka menjalani misi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini.
Lebih menarik, Saddiq turut mengimbas kembali detik awal perkenalan mereka yang bermula atas urusan kerja sebelum berkembang menjadi hubungan yang lebih istimewa.
“Segalanya bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya berjaya mengumpul lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa disangka turut menyatukan dua hati,” ujarnya lagi.
Difahamkan, majlis pertunangan pasangan tersebut dijadual berlangsung di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.



