Trending

Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Nikah 28 Mac Ini? Tema Majlis Kuning

Spekulasi mengenai hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kembali hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan mereka bakal melangkah ke fasa baharu tidak lama lagi.

Perkara itu mula menjadi perhatian selepas tersebarnya foto kain rentang memaparkan tanda pagar #BellaSyedyes yang dilihat digantung di sebuah bangunan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Malah, kelompok peminat yang menggelarkan pasangan itu sebagai ‘BASS’ dilihat semakin teruja dan tidak sabar menantikan perkembangan lanjut berhubung khabar angin tersebut.

Sebelum ini, desas-desus mengenai perkahwinan mereka turut diperkuatkan lagi apabila pelakon dan usahawan Ben Ali seolah-olah memberi bayangan mengenai tarikh istimewa pasangan berkenaan.

“Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya,” tulis Ben dalam ruangan komen, sekali gus mengundang pelbagai tafsiran daripada netizen.

Selain itu, terdapat juga dakwaan dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa majlis berkenaan bakal tampil dengan tema berwarna kuning, namun perkara tersebut masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua figura itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan spekulasi yang bertebaran.

Malah, sebelum ini Bella dilihat sering mengunci mulut setiap kali diajukan soalan berkaitan status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk isu perkahwinan.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum disahkan bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Related Articles

Back to top button