Gaya HidupTrending

Ayda Jebat Wujudkan Akaun Instagram Untuk Anak Ketiga, Anggun Mikayla Official

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 33, berkongsi nama yang dipilih buat anak ketiganya yang baru sahaja selamat dilahirkan, iaitu Anggun Mikayla.

Ayda meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri bongsunya itu di sebuah pusat perubatan, selain memperkenalkan nama indah yang dipilih bersama suami, Nabil Mahir.

“Assalamualaikum. Welcome to the world Anggun Mikayla. Alhamdulillah 26.01.26 lahirnya seorang puteri yang manis. Terima kasih semua yang mendoakan. Sayang semua,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Perkongsian tersebut turut disertakan foto yang merakamkan momen Nabil tersenyum sambil menatap wajah bayi mereka.

Ruangan komen pula dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Menariknya, Ayda juga telah membuka satu akaun Instagram menggunakan nama Anggun Mikayla Official, yang pantas meraih lebih 1,000 pengikut dalam tempoh singkat.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla yang lahir pada 21 September 2021 serta Aali Mateen pada Disember 2023.

Related Articles

Back to top button