BeritaTrending

Andre Mikhail Selamat Disemadikan

Jenazah anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 10.40 pagi Selasa.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan selebriti hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Antara figura terkenal yang hadir ialah Zed Zaidi, Norman Hakim, Didie Alias, Ellie Suriaty, Datuuk Fizz Fairuz dan beberapa lagi yang bersama-sama berkongsi rasa duka.

Sebelum itu, jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Al Khairiah, Keramat AU3 sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam Isnin selepas berjuang melawan kanser paru-paru.

Related Articles

Back to top button