BeritaTrending

Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin selepas bertarung dengan kanser paru-paru.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh Amyza menerusi hantaran di Instagram Story miliknya. Dalam perkongsian tersebut, dia memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah anaknya.

“Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya, Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi. Mohon sedekahkan al-Fatihah buat anak saya,” tulisnya ringkas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun. Sebelum ini, Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat pada 15 Februari tahun lalu.

Beberapa hari sebelum pemergiannya, arwah dilaporkan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pemergian Andre pastinya meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, khususnya Amyza yang sebelum ini pernah berkongsi mengenai ujian kesihatan yang dilalui anaknya.

Related Articles

Back to top button